penulis : natural executive shaqawi
Page Title
- home
- Page Title
baca disini - pengalaman Ejen Cuckoo
Assalamualaikum dan salam sejahtera, pertama sekali saya perkenalkan diri, nama Muhamad Shaqawi berumur 29 tahun (muda lagi huhu) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Quantity Surveyor graduate pada tahun 2016 dan mempunyai pengalaman dalam construction, development dan services selama 5 tahun. Gaji pertama saya sebagai Quantity Surveyor di sebuah syarikat sub kontraktor sebanyak RM2,500.00, selepas bertukar kerja ke Main Kontraktor bergaji RM3,200.00 pada tahu 2017 dan kenaikan pangkat pada 2018 menjadi Senior Quantity Surveyor bergaji RM4,200.00. Pada 2019 saya berhenti dan menerima tawaran kerja di sebuah syarikat Kontraktor LRT dan MRT dengan bergaji RM4,500.00 dan akhir sekali berhenti 2020 dan bekerja dengan syarikat besar GLC dalam bidang Services di Hospital Kuala Lumpur dengan gaji akhir RM5,300.00. bagi mengelakkan orang kata “tak percaya lah” & “sembang lah” jadi saya sharekan slip gaji dan duit masuk, boleh rujuk Slip Gaji seperti dibawah :
Pengalaman Menjadi Ejen Cukcoo bermula disini yang dimana saya mula menyertai cuckoo pada bulan Julai 2021 bersama agensi MFZ Empire sebagai partime sahaja sebab masa tu masih berkerja dan disebabkan nak sahut seruan kerajaan yang kata perlu buat 2 kerja dalam 1 masa. Perjumpaan pertama bersama En Sahri aka introducer memberi penerangan berkenaan Komisen Cuckoo, Insentif Cuckoo dan beberapa lagi Bonus dari Cuckoo, sejujurnya dalam hati serius arrr boleh dapat banyak macam tu. Cuba korang rujuk table kat bawah nih takut korang pun tak percaya :
Pengalaman Menjadi Ejen Cukcoo :Korang boleh tengok table diatas kalau buat jualan 15 unit SAHAJA !!! aku akan dapat gaji dari cuckoo RM6.1K yang dimana lebih tinggi dari gaji aku di company. Masa tu tak sembang banyak terus daftar dan pendaftaran PERCUMA pulak tuh.
Aku sangat bertuah masuk dalam Agensi MFZ Empire sebab semua orang supportive dari Nature Manager hingga semua kuncu – kuncu nya. Yang paling penting tak lokek ilmu, semua bahan marketing disediakan selepas tu personal coaching one to one dari Manager. Dari Marketing ONLINE hingga ke Marketing Offline semua nya diajar. Betul kata orang untuk berjaya jangan tersalah pilih Leader atau Agensi sebab agensi lah akan bantu dari segi idea dan cara marketing. Ini antara yang diajar
- Online Marketing – Fb ads, google ads, Robot auto share, posting auto, blasting sms & wasap dan lain2
- Offline Marketing – one hundred project, teknik kolam, flyer dan byk lagi
- Bahan marketing seperti Copywriting dan poster disediakan oleh agensi (Best tak?)
Buat cuckoo pada bulan pertama hanya net 2 unit sahaja, percubaan pertama dah nampak hasil walaupun tak banyak. Disebabkan kekangan masa pagi hingga petang bekerja dengan company, jadi hanya ada waktu malam sahaja untuk jumpa introducer dan Manager untuk ambil Energy dan Idea untuk marketing. Alhamdulilah pada bulan kedua aku berjaya close 5 unit, serius happy dapat duit tambahan dari cuckoo nih.
Selepas kejadian 5 net aku terima dalam RM1,511 aku mulai percaya memang boleh buat duit dengan cuckoo ni. Mase tuh tak cerita banyak dah, aku full swing ilmu yang Manager bagi, aku buat betul-betul dan follow up client, blast copywriting / poster ke social media dan etc. Alhamdulilah bulan tu aku boleh dapat gaji dari cuckoo sama macam gaji kat company dengan close 10 unit dalam sebulan. Agak penat buat 2 kerja dalam 1 masa sebab kadang – kadang curi – curi call client waktu bekerja dengan company selepas tu malam agak buzy dengan blasting semua hingga tak ada masa dengan family jadi aku ambil keputusan untuk berhenti kerja buat fulltime kerja Cuckoo.
Pengalaman Menjadi Ejen Cukcoo : Masa ambil keputusan untuk berhenti tu banyak tentangan dari banyak pihak ada dari rakan sekerja kata “ko gila ke awie, gaji ko sekarang dh 5k, ko nak behenti buat cuckoo boleh ke nanti nk bagi ank ko makan kalau sale ko jatuh” aku just tersenyum dan jawab “rezeki Allah luas, aku tahu aku boleh” yang paling aku terkesan bila ibu aku sendiri tentang habis – habisan sampai nangis masa tuh ” Awie, jangan buat mak risau, kalau ko berhenti siapa nak bagi family makan” aku sampai serba salah la banyak kali fikir tapi tekad kene bulat dan kau kene yakin rezeki Allah. Aku berhenti dan teruskan buat alhamdulilah dari bulan ke bulan aku dapat consistent dan semakin tinggi sale dari bulan ke bulan, mesti korang nk kata “sembang lah” , “ayat cliche lah” bagi nak elak kata – kata kecaman nih, aku share income aku di cuckoo, sila rujuk dibawah :
Pengalaman Menjadi Ejen Cukcoo : Commission Bulan November RM4,297.80
Pengalaman Menjadi Ejen Cukcoo : Commission Bulan December RM6,298.80
Pengalaman Menjadi Ejen Cukcoo : Commission Bulan Januari RM9,118.20
Kalau korang jadi aku, korang berhenti atau teruskan kerja tempat lama? aku rasa korang akan ambil jalan yang sama dengan aku sebab kita akan berusaha sehabis mungkin untuk mencapai apa yang kita nak. Allah Maha Adil, usaha yang tinggi dengan teknik yang betul RM10k sebulan bukan hal yang mustahil.
Ini baru level paling bawah iaitu Natural Executive (NE) belum lagi level Natural Manager (NM), kalau jadi NM pulak lain cerita nya, bayangkan ada NM yang bulanan dapat RM20k – RM30k dengan passive income RM10k. Apa tu passive income? passive income ni duit yang kau dapat tiap – tiap bulan tanpa kau sendiri buat sale. Haaaa macam mana tuh, okay macam ni team kau buat sale kau akan dapat komisen setiap barangan dijual selama 7 tahun.. Wowww serius arr, ye memang serius sebab tu masa PKP semua orang risau pasal income gaji dapat ke tak, NM ni relax je sebab memang duit akan masuk setiap bulan selama 7 tahun. terkejutkan? inilah dunia Sale sebab tu aku ambil keputusan berhenti itu adalah pilihan tepat.
Pengalaman Menjadi Ejen Cukcoo : Bayangkan jika aku masih bekerja ditempat yang kerja lama? kerja tung tang tung tang, sometime balik kerja sampai malam (OT tak de ye harap maklum), meeting kene sembur dengan client (tu tak kena ini tak kene), balik rumah badan letih, masa ada 24 jam korang habiskan dengan bekerja 10 jam termasuk penjalanan pergi dan balik kerja, hanya tinggal masa dengan family pukul 7malam hingga 11 malam iaitu 4 jam sahaja weekday dan kadang – kadang sabtu dan ahad pun kerja dan Paling Penting korang kene ingat Gaji tetap sama je !!! paling kuat setahun kenaikan 5%-8% sahaja, masa PKP lagi kene tolak gaji lagi, mana pergi keadilan (Cehwah ter emosi) kalau dari executive nak naik ke senior executive pun dah ambil masa 3 tahun, naik assistant manager lagi 3 tahun, nak naik ke manager ambil masa 5 tahun, conclusion untuk naik income RM10k kau ambil masa 10 tahun hingga ke 15 tahun. Sebab tu aku ambil keputusan untuk berhenti, company untung bos masuk poket pastu kata “tahun ini business tak berapa baik, so bonus saya bole bagi setengah bulan sahaja” korang mesti pernah rasa kan? kerja performe gila sebab nak kejarkan bonus 2-3 bulan pastu masuk KPI semua capai pastu dia pukul rata semua staf setengah bulan gaji, aku macam urmmmmm. Jadi aku sentiasa fikir macam mana nak dapatkan RM10k sebulan, ALHAMDULILAH terjumpa kerjaya cuckoo, siapa sangka impian tercapai dan aku sangat beruntung sebab income dapat, masa fleksibel, agensi supportive, ilmu percuma dan yang paling penting perasaan tenang sebab tiada yang push kau dah.
Jadi kepada sesiapa yang ingin mengubah hidup atau ingin mencuba sesuatu yang baru, aku amat – amat mengalakkan boleh mencuba sebagai agent cuckoo, sebab apa? sebab selagi tidak mencuba korang tak akan tahu sehingga bila korang boleh menaikkan income dan taraf hidup. Pendaftaran PERCUMA, training marketing PERCUMA semua kami akan ajar hingga korang mampu buat 10 unit sale keatas. Aku sendiri akan pastikan agent – agent aku yang join aku akan didik hingga berjaya dengan air tangan aku sendiri dan aku akan pastikan dalam masa 1 tahun agent – agent aku akan naik Natural Manager. Jom buat income beribu – ribu dengan Cuckoo, “Anda Buat Anda Dapat”
Jangan Malu – Malu Click Button Wasap Dibawah (Kalau Malu Sesat Jalan)
muhamad shaqawi
Visit Page Kerja Cuckoo Disini